PRESS REALESE

Muslim Pro Lancarkan "40 Days of Deen" untuk Membantu Umat Islam Membina Tabiat Spiritual Kekal Ramadan 2025

Muslim Pro launches its Ramadan 2025 campaign with the theme "40 Days of Deen"

Muslim Pro launches its Ramadan 2025 campaign with the theme "40 Days of Deen"

Muslim Pro lancarkan "40 Days of Deen" bantu umat Islam Malaysia bina tabiat spiritual kekal dengan ilmu, ibadah & komuniti sepanjang Ramadan 2025.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, February 12, 2025 /EINPresswire.com/ -- Menjelang Ramadan 2025, Muslim Pro, aplikasi mudah alih Islamik terkemuka di dunia, memperkenalkan "40 Days of Deen", sebuah inisiatif yang direka khas untuk membantu umat Islam membina tabiat spiritual yang berkekalan melebihi bulan Ramadan.

Kajian menunjukkan bahawa seseorang memerlukan 40 hari untuk membentuk tabiat, dan inisiatif ini memberikan panduan berstruktur bagi membantu pengguna mengekalkan konsistensi dalam solat, refleksi diri dan keterlibatan dalam komuniti, memastikan Ramadan yang lebih bermakna dan berkekalan.

Dengan 1.21 juta pengguna aktif bulanan di Malaysia, Muslim Pro terus menjadi rakan digital kepercayaan umat Islam Malaysia dalam menguruskan komitmen agama mereka menggunakan teknologi moden. Tinjauan Ramadan 2025 oleh Muslim Pro mendapati bahawa 60% responden di Malaysia ingin memperkukuh hubungan mereka dengan agama dengan menuntut ilmu, membina tabiat bermakna dan meningkatkan perkembangan diri serta akhlak.

Ini membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia melihat Ramadan sebagai lebih daripada sekadar ibadah rutin, tetapi juga sebagai peluang untuk membentuk disiplin spiritual jangka panjang.

“Ramadan adalah masa untuk memperbaharui hubungan kita dengan Allah, tetapi cabaran sebenar adalah bagaimana kita boleh mengekalkan amalan baik ini selepas bulan Ramadan. Melalui 40 Days of Deen, kami ingin membantu umat Islam Malaysia membina tabiat spiritual yang kekal dan memastikan keimanan menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka,” kata Nafees Khundker, Pengarah Urusan dan CEO Muslim Pro.

PERSEDIAAN AWAL UNTUK RAMADAN YANG LEBIH BERMAKNA
Ramai umat Islam Malaysia mula bersedia untuk Ramadan sejak bulan Rejab dan Syaaban, selaras dengan sunnah Rasulullah (SAW) yang menekankan penyucian jiwa sebelum memasuki bulan mulia. 40 Days of Deen menggalakkan pengguna memulakan amalan baik lebih awal, supaya mereka memasuki Ramadan dengan asas spiritual yang lebih kukuh.

Sebagai sebahagian daripada persediaan ini, Muslim Pro menawarkan dua kelas eksklusif bagi mempertingkatkan pengalaman ibadah:
1. The Art of Khushu’: Memantapkan Kekhusyukan dalam Solat – Meningkatkan fokus dan ketenangan dalam ibadah
2. The Rewards of Ramadan: Mengoptimumkan Ganjaran Ibadah – Panduan amalan terbaik sepanjang Ramadan
Setiap kelas boleh diakses dengan bayaran serendah RM15, memberikan peluang kepada pengguna Malaysia untuk memperbaiki solat, puasa, dan ibadah sepanjang Ramadan.

TEKNOLOGI SEBAGAI PEMANDU IBADAH
Dalam era digital, Muslim Pro memastikan teknologi berfungsi sebagai alat untuk meningkatkan ibadah, bukannya mengganggu fokus spiritual. Oleh itu, 40 Days of Deen memperkenalkan pelbagai ciri untuk membantu pengguna dalam pemantauan ibadah, refleksi diri dan pembangunan spiritual secara berstruktur sepanjang Ramadan.

Antara ciri utama ialah Journal, yang membolehkan pengguna merekod perkembangan ibadah mereka, termasuk pemantauan solat dan puasa, mood tracker, serta Sunnah Acts Checklist. Ciri Picture Journaling juga membolehkan pengguna menyimpan kenangan Ramadan mereka secara visual, mencipta pengalaman peribadi yang lebih bermakna.

Bagi mereka yang ingin lebih fokus dalam ibadah, Deen Mode membantu menguruskan waktu-waktu penting seperti Iftar, Qiyam dan Subuh, dengan peringatan khas yang disertai bacaan al-Quran, doa dan podcast Ramadan eksklusif. Ini membolehkan pengguna mengimbangi aktiviti harian dan ibadah dengan lebih mudah, menjadikan Ramadan lebih berpusat kepada spiritualiti dan ketenangan jiwa.

Selain ibadah individu, Muslim Pro turut menekankan kepentingan komuniti dalam mengukuhkan keimanan. Ummah Pro, ciri interaksi terbaru dalam aplikasi Muslim Pro, membolehkan pengguna berhubung dengan komuniti Muslim di seluruh dunia, berkongsi doa serta memberi kata-kata semangat kepada saudara seiman.

PENGALAMAN RAMADAN YANG MENYELURUH DENGAN QALBOX
Ramadan bukan sahaja bulan untuk meningkatkan ibadah individu, tetapi juga masa untuk belajar, berkongsi kisah inspirasi, dan memperkukuh hubungan dengan sejarah Islam. Sebagai pelengkap kepada 40 Days of Deen, Qalbox oleh Muslim Pro menawarkan koleksi kandungan Ramadan eksklusif, menggabungkan keimanan, sejarah, dan spiritualiti untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam.

Antara kandungan yang diketengahkan ialah “Maulana’s Reflections (Season 2)”, yang mengupas pengajaran kehidupan daripada sunnah Rasulullah SAW, serta “My First Ramadan”, yang berkongsi pengalaman menyentuh hati saudara baru yang menjalani Ramadan pertama mereka.

Daripada dokumentari inspirasi kepada program interaktif untuk kanak-kanak serta siaran langsung solat Tarawih, Qalbox memastikan bahawa pengajaran Ramadan bukan sahaja dapat dinikmati di masjid, tetapi juga di rumah, memperkayakan pengalaman peribadi dan keluarga.

Melalui integrasi habit-building, pembelajaran, dan hiburan berlandaskan Islam, 40 Days of Deen bersama Qalbox memberikan pengalaman Ramadan yang lebih lengkap, interaktif, dan relevan untuk masyarakat Muslim moden di Malaysia.

RAKAN DIGITAL UMAT ISLAM MALAYSIA SEPANJANG RAMADAN
Seiring dengan peningkatan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan harian, semakin ramai anak muda Malaysia beralih kepada penyelesaian digital untuk mendapatkan bimbingan agama. Memahami keperluan ini, Muslim Pro memastikan bahawa ‘40 Days of Deen’ selari dengan cara pengguna Muslim moden berinteraksi dengan teknologi, menjadikannya lebih mudah untuk mendalami ibadah sepanjang Ramadan.

Inisiatif ini dirangka untuk memperkukuh amalan Ramadan dengan mengintegrasikan keimanan dalam teknologi yang mesra pengguna dan mudah diakses.

“Muslim Pro bukan sekadar aplikasi — ia adalah sahabat digital bagi setiap Muslim dalam perjalanan spiritual mereka,” tambah Khundker. “Dalam era digital ini, teknologi semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan beragama di Malaysia. Kami komited untuk memastikan bahawa teknologi memperkukuh keimanan, bukannya mengalihkan fokus daripada ibadah.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muslimpro.com.

Siti Zahidah
Muslim Pro
press@bitsmedia.com

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.